Salam Ukhuwwah,
Kepada semua sahabat-sahabat bekas pelajar, tenaga pengajar dan kakitangan:
- Sekolah Arab Menengah Rendah Sungai Manggis; atau
- Sekolah Agama Menengah Rendah Sungai Manggis; atau
- Sekolah Agama Menengah Sungai Manggis; atau
- Sekolah Agama Menengah Tinggi Sungai Manggis; atau
- Sekolah Agama Menengah Tinggi Tengku Ampuan Rahimah (SAMTTAR), Sg Manggis, Banting
Walau di mana sahaja anda berada, sila berikan maklumat diri anda untuk memudahkan pihak AJK Penaja Alumni SAMTTAR menghubungi anda.
Maklumat yang diperlukan seperti berikut:
1) Nama penuh
2) No telefon (untuk call @ sms untuk bagi maklumat tentang alumni)
3) Alamat tempat tinggal (untuk mudah nk bagi surat, kad jemputan n etc..)
4) email @ blog (jika ada).
5) Nyatakan tahun kemasukkan ke SAMTTAR. contoh: batch 2001/2002
6) Sedikit perkembangan terkini tentang diri anda.
DIHARAPKAN AGAR SAHABAT2 YANG SUDAH MEMBERIKAN MAKLUMAT DIRI MASING2 DAPAT MENYEBARKAN MAKLUMAT TENTANG ALUMNI INI KEPADA SETIAP BATCH MASING2…
Kami di pihak AJK Penaja Alumni akan mengadakan perjumpaan pertama bagi pertubuhan Alumni SAMTTAR ini pada masa yang terdekat. Kerjasama dan sokongan dari kalian amat-amat kami hargai dan kami ucapkan jutaan terima kasih.
Klik di sini untuk Borang Pendaftaran Bekas Pelajar.
Klik di sini untuk Daftar Sebagai User SAMTTARIAN.com
Muat turun tatacara pendaftaran user SAMTTARIAN.com dan pengisian maklumat. (Right Click + Save As)